Wednesday, April 28, 2010

stuDIED


Sebenarnya hati teringin nak sambung kisah ‘syioknya main SMS’. Tapi disebabkan tiada kiriman SMS dari M****I, so xleh la nk cerita..

Malam ni aku bergelumang dengan kisah-kisah cinta dari SIR MUSTAFA. Terlalu puitis bait-bait katanya sampai aku tak mampu nak menafsirkan ayat-ayat cintanya. Sir Mus..kenapalah terlalu kompleks cinta yang kau curahkan padaku..

Sebanyak 11 bab, aku hanya mampu menghabiskan 5 bab dalam lebih kurang 15 jam

(sebenarnya lebih dari tu)

Atas dasar untuk `IFTADA AL-KHUSRI’, aku teruskan juga perjuangan..

6 chapters to go! Haish~ (-.-)

Tuesday, April 27, 2010

SYOKNYA MAIN SMS!


Dapat kiriman SMS darinya membuatkan aku merasa seolah-olah di awangan.. Bahagianya... Tersengih..senyum sorang-sorang.. dengan pantas, tak membuang masa aku menekan punat-punat telefon bimbit..memberi balasan.. Tak mahu buat si dia tertunggu-tunggu.. takut dia kecewa.. Tak mahu dia anggap aku melupakannya..

MESSAGE SENT!
DELIVERED TO M****I!

Rasa sangat teruja untuk meneruskan permainan perkhidmatan pesanan ringkas bersamanya...
Aku menunggu balasan darinya...tunggu..tunggu..dan terus menunggu..haish~
Lama juga! Kenapa lambat balas?? Pergi mana?? Tidur ke????

Mula jadi bagai cacing kepanasan... ~alahai, baru nak rasa syok men sms...~

Aku menunggu sehingga tertidur..tidur dalam kekecewaan?? kehampaan??
Namun tak berpanjangan.. Bangun pagi, terpapar di skrin kiriman SMS darinya.. Ucapan selamat pagi SAYANG! Wah... seronoknya...bahagianya...*cing!* *cing!*

Monday, April 19, 2010

MATI ITU PASTI

Semalam aku menerima berita yang menyedihkan..
Ustaz Mahadi telah kembali ke rahmatullah..
Innalillah wainna ilaihi raji'un..
(semoga rohnya dicucuri rahmat ~ AlFatihah..)
Ustaz ku ketika di sekolah rendah..
Kematian tak mengenal usia..
Mati itu pasti tatkala sudah tiba waktunya..
takkan bisa dipercepat atau ditangguhkan walaupun sedetik..